Keluarga Upin dan Ipin Senarai_watak_Upin_&_Ipin

Kak Ros

Nur Roselia binti Abdul Salam (Noor Ezdiani Ahmad Fauwzi [musim 1]; Ida Shaheera [musim 2-7];Sheila [musim 7] Neysa [musim 8-]; ialah kakak sulung kepada Upin dan Ipin. Dari luaran dia nampak garang tetapi sebenarnya dia seorang kakak yang pengasih. Dia suka mengambil kesempatan untuk mempermainkan adik-adiknya.

Opah

Cik Siti / Mak Uda (Hjh. Ainon Ariff) ialah nenek (lebih dipanggil sebagai Opah) kepada Upin, Ipin dan Ros. Dia berhati murni dan lebih berlemah-lembut kepada Upin dan Ipin berbanding Ros. Dia adalah bijaksana mengenai hal-hal duniawi dan keagamaan.

Alm. Mak Upin & Ipin

Menurut Opah Pada "Hari Ibu Sedunia", Mak Upin & Ipin merupakan orang yang baik, suka tolong orang, tak garang, lemah lembut, cantik, memiliki tahi lalat seperti Opah.

Menurut pencipta watak Upin & Ipin, Mak & Ayah Upin dan Ipin meninggal kerana gempa bumi.